BELIA_BIDOR

Rabu, 30 Jun 2010

BELIA DAN CYBER CAFE


Kali ini aku ingin menceritakan gelagat belia belia diBidor,dimasa zaman aku dahulu remaja sering menghabiskan masa petang mereka dengan mandi sungai,bernain bola,galah panjang,konda kondi dan bermacam macam lagi permainan yang mengeluarkan peluh dan tenaga oleh sebab itu budak-budak zaman dahulu lebih sehat dari budak-budak zaman sekarang yang lebih suka melepak dicyber cafe mengahabiskan masa dan duit.


Sebagai manusia biasa aku sering teringat semasa aku kecil-kecil dahulu,selepas sahaja pulang sekolah makan dan berehat sekejap pada sebelah petangnya aku akan kerumah sepupu aku untuk bermain dan selepas itu kami akan berkubang disungai.


Kalau hendak di kenang-kenangkan masa dahulu terasa aku ingin menjadi kanak kanak semula tapi apa kan daya masa tetap akan berlalu merubah segalanya.


Tetapi jika pada zaman aku sudah ada cyber cafe aku mungkin seperti mereka,sesungguhnya kita tidak dapat lari dari menongkah arus kemajuan.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]



<< Laman utama